Tuesday, August 23, 2011

BAHLOL KE PANDAI? PAKATAN RAKYAT MANA PULAK YANG BAGI KENYATAAN INI?

SUMBER: THE FLYING KICK
Agak serba melawakkan apabila Pengarah Urusan MAHB (Malaysian Airport Holdings Bhd) membuat kenyataan bahawa krisis ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah tidak akan memberi kesan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


Barangkali KLIA tidak bergantung dengan jumlah kedatangan atau penggunaan KLIA sama ada menerusi penumpang mahupun kargo. Barangkali juga teras perniagaan KLIA adalah kedatangan UFO dari planet lain. Atau barangkali juga KLIA merupakan sebuah stesen angkasalepas yang sebelum ini digambarkan di dalam filem-filem fiksyen.

Apabila Pengurus Besar Kanan Operasi MAHB berkata, bahawa jumlah penumpang yang menggunakan KLIA telah meningkat dari 13.3 peratus iaitu peningkatan 21.836 juta penumpang berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Eropah dan Amerika Syarikat sedang berhadapan dengan tekanan ekonomi yang sangat teruk. Dengan kata lain, kebanyakan operasi syarikat-syarikat penerbangan selain lapangan terbang akan menurun secara drastik berikutan kurangnya permintaan.

Jadi, di mana sebenarnya rasional CAKAP BESAR DAN BERDEGAR-DEGAR MAHB dalam hal ini?

Apakah kesan politik syok sendiri dalam dunia politik Malaysia, sudah mula berjangkit dalam pengurusan lapangan terbang pula?

Nampaknya Malaysia memang terkenal dengan politiknya... tak lama lagi, apabila datang wabak penyakit melanda Malaysia pun, alasan yang akan diberikan lebih berunsur politik berbanding jawapan sebenar.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More