Wednesday, August 24, 2011

DOKTOR PAS LEMPANG FUZIAH 'REAKTOR'!!!

SUMBER: SEMUT HITAM




Halamak!!! Semut mohon maaf la sesangat kerana lambat menyiarkan artikel ni. Tapi demi perjuangan, Semut paparkan jugak buat tatapan semua orang.

Sebelum tu, Semut nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada semua blogger yang memainkan isu pasal Lynas ni malam tadi.

Sekarang dah terbukti bahawa Si Fuziah 'Reaktor' tu dengan sengaja menyelewengkan fakta mengenai isu Lynas ni.

Bukan orang UMNO yang kata macam tu. Bukan kenyataan daripada mana - mana NGO yang menyokong pembinaan kilang tersebut. 

Tetapi ianya keluar dari mulut salah seorang ahli Parti yang menjadi komponen kepada Pakatan Pembangkang tu sendiri yang cakap.

Kata Dr. Che Rosli Che Mat yang juga ahli Parlimen PAS Hulu Selangor menyatakan bahawa puak - puak Anti Lynas itu sengaja nak menakut - nakutkan rakyat je sebenarnya.
“Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya.”
Selain itu, Dr. Che Rosli juga kecewa dengan kenyataan Fuziah yang mengecam kredibiliti Agensi Atom Antarabangsa (IAEA) yang telah membuat kajian ke atas kilang tersebut.

Bukti Kerja2 Kotor UMNO !! Panas! Budak sekolah diupah RM10 hadiri mesyuarat Umno!

Tuesday, August 23, 2011

BAHLOL KE PANDAI? PAKATAN RAKYAT MANA PULAK YANG BAGI KENYATAAN INI?

SUMBER: THE FLYING KICK
Agak serba melawakkan apabila Pengarah Urusan MAHB (Malaysian Airport Holdings Bhd) membuat kenyataan bahawa krisis ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah tidak akan memberi kesan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Barangkali KLIA tidak bergantung dengan jumlah kedatangan atau penggunaan KLIA sama ada menerusi penumpang mahupun kargo. Barangkali juga teras perniagaan KLIA adalah kedatangan UFO dari planet lain. Atau barangkali juga KLIA merupakan sebuah stesen angkasalepas yang sebelum ini digambarkan di dalam filem-filem fiksyen.

Apabila Pengurus Besar Kanan Operasi MAHB berkata, bahawa jumlah penumpang yang menggunakan KLIA telah meningkat dari 13.3 peratus iaitu peningkatan 21.836 juta penumpang berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Eropah dan Amerika Syarikat sedang berhadapan dengan tekanan ekonomi yang sangat teruk. Dengan kata lain, kebanyakan operasi syarikat-syarikat penerbangan selain lapangan terbang akan menurun secara drastik berikutan kurangnya permintaan.

Jadi, di mana sebenarnya rasional CAKAP BESAR DAN BERDEGAR-DEGAR MAHB dalam hal ini?

Apakah kesan politik syok sendiri dalam dunia politik Malaysia, sudah mula berjangkit dalam pengurusan lapangan terbang pula?

Nampaknya Malaysia memang terkenal dengan politiknya... tak lama lagi, apabila datang wabak penyakit melanda Malaysia pun, alasan yang akan diberikan lebih berunsur politik berbanding jawapan sebenar.

Sri Pentas Bergegar: Editor Kanan TV3 Disiasat Bersabit Dakwaan Gangguan Seksual

Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita. 

Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang “mangsa”nya dipindahkan ke NTV7 bulan lalu atas permintaan petugas itu sendiri yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan. 

Sumber- sumber yang rapat dengan kes itu mengesahkan bahawa Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru- baru ini.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd.

Empat orang yang didakwa mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberikan kenyataan kepada pengurusan.

Antara lain, empat kakitangan terbabit merujuk kepada sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar kepada mereka sebagai menyokong dakwaan bahawa editor itu melakukan gangguan seksual selama beberapa bulan.

Mangsa juga mendakwa editor berkenaan menggunakan pangkat dan jawatannya untuk “menggoda” mereka secara licik, tambah sumber berkenaan.

“Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan,” tambah sumber itu.

Sumber berkenaan memberitahu siasatan itu bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan yang sudah berumah tangga. Salinan e-mail itu di hantar kepada kakitangan TV3 selain dihantar ke Pejabat Perdana Menteri.

Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat perladangan sebelum ini menyertai TV3 sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April 2009. 


Bilik Berita TV3 dikatakan kecoh dan resah setelah kes itu terbongkar dan mangsa berkenaan tampil memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Beberapa kakitangan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa dan dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

“Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun,” kata sumber berkenaan. -tvsnews



Ulasan GB

Nampaknya "suweh" akan terus menimpa media massa arus perdana seperti yang kita katakan sebelum ini....

ANUGAY DAH KANTOI, DIA HINA MAHKAMAH PULAK!!!



SUMBER: SEMUT HITAM

Itu perkara yang memang dah cukup jelas. Tak perlulah puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak pertikaikan lagi mengenai perkara ini.

Kelmarin, Si Ketua Penipu tu bukan sahaja memberi ceramah Politik macam yang dia biasa buat di luar. Tapi juga dia sengaja memburuk - burukkan sistem Kehakiman Negara.

Yang sebenarnya, dia dah kantoi secara terang - terangan. Maka sebab itulah kenyataan dia semalam hanya banyak memburuk - burukkan orang lain. Termasuk la Hakim dan PM.

Dah kena pada batang hidung sendiri, semua benda jadi tak betul. Semuanya salah belaka. Kenapa dia tak buat benda yang sama terhadap kes liwat yang lain?

Adakah kes - kes lain itu juga merupakan konspirasi untuk menjatuhkan kredibiliti dia jugak? Adakah orang lain yang menghadapi tuduhan itu tidak layak untuk mendapat Keadilan?

Dia cakap je nak memperjuangkan Keadilan. Tapi Keadilan tu semua untuk diri dia je. Bukan untuk rakyat pun!!! Cerita pasal Keadilan untuk rakyat tu semuanya menipu belaka!!!


KUALA LUMPUR 23 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan telah menghina mahkamah dalam kenyataan pembelaan kes liwatnya semalam apabila 'menyerang' Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah secara terang-terangan.
Peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, selain memburukkan imej Mohamad Zabidin, Anwar juga dilihat cuba menjatuhkan reputasi institusi mahkamah di negara ini apabila mendakwa beliau ditindas daripada mendapat perbicaraan yang adil.
"Dalam kenyataan pembelaan Anwar setebal 32 muka surat semalam, beliau secara terang-terangan telah memburukkan institusi mahkamah serta para pegawai seperti hakim di hadapan para pemerhati dan orang awam.
"Kenyataan (pembelaan) Anwar semalam bukan bersifat membela diri tetapi lebih daripada kenyataan politik yang memburukkan mahkamah serta mengutarakan perkara-perkara tidak relevan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Semalam, Anwar dalam keterangan selama kira-kira satu jam 45 minit menegaskan bahawa Mohamad Zabidin menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan adil sungguhpun hakim berkenaan telah berpuluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati Ahli Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.
Anwar yang memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh dilihat cuba 'menyelamatkan' dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin.
Mengulas perkara itu, kata Muhammad Shafee, setiap tertuduh mempunyai hak untuk berbuat demikian tetapi ia agak jarang digunakan kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti tertuduh itu mempunyai tahap keupayaan minda yang rendah berbanding manusia normal lain.
"Ia biasanya digunakan dalam kes-kes tertuduh yang amat naif, antara waras atau tidak, ataupun tertuduh itu mempunyai sesuatu yang ingin disorokkan dan tidak berupaya menghadapi pemeriksaan balas pendakwa raya.
"Kenyataan tanpa bersumpah sebenarnya tidak memerlukan seseorang tertuduh itu untuk bercakap benar di mahkamah kerana pihak pendakwa tidak boleh ataupun tidak perlu menyoal balas tertuduh," katanya.

Siapa tiga menteri mahu Khir Toyo masuk penjara?




SUMBER:MISAI MERAH


Khir Toyo bekas MB Selangor era Umno-Bn kini baru sedar bahawa bila dah tak laku duduk dalam Umno beliau dilayan macam sampah.Tak ada lagi kawan dan sahabat setia mahu berdamping dengan Khir malah Khir Toyo dakwa ada tiga menteri mahu beliau masuk penjara supaya Umno-Bn boleh kembali berkuasa di Selangor!

Apakah dakwaan Khir Toyo ini benar?Takkan Khir cakap bohong di bulan Ramadhan yang mulia ini.Kalau benar ada tiga menteri mahu Khir masuk penjara salah seorang daripada mereka semua orang di Selangor dah kenal pasti siapa menteri tersebut.Kata Khir Toyo “Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya. Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu. Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa. “Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.-Malaysiakini Khir Toyo:Tiga Menteri mahu saya dipenjarakan.(klik)

Ini perangai Umno dan pemimpin Umno parti yang dikatakan Tun Mahathir yang dah busuk hingga keususnya.Daripada kepala sampai ke kaki dah tak ada tempat yang elok semua dah busuk.Cerita kawan makan kawan dalam Umno, hang pijak aku , aku pijak hang, perebutan kuasa demi untuk rebut kekayaan bukan nak jaga kebajikan rakyat semakin terbongkar , dibongkarkan sendiri oleh pihak Umno bila dah terasa diri dah tak dapat nak diselamatkan lagi daripada duduk dalam tirai besi!

Umno mahu kembali berkuasa di Selangor kerana Selangor negeri paling kaya dan maju dalam Malaysia.Bila dapat kuasa yang ada dalam kepala pemimpin Umno ialah mereka akan kembali jadi jaguh untuk rebut apa saja hasil negeri untuk kroni, untuk anak bini, bukan macam sekarang 'hasil negeri untuk rakyat'.

Setelah tiga Datuk T sebar video lucah lenyap kini muncul pula tiga menteri mahu Khir masuk penjara. Ha ha ..Inilah Umno dari dulu, kini dan selamanya penuh dan sarat dengan segala jenis kebusukan.

Ketua Umno Selangor ialah PM Najib dan Noh Omar ialah timbalan ketua Umno Selangor.Noh sekarang ini bercita-cita mahu jadi MB Selangor jika Umno-Bn kembali berkuasa di Selangor.Malang sangat la kalau orang macam Noh Omar jadi MB Selangor.

Barang naik : Menteri Umno tipu rakyat lagi???


SUMBER: PENCACAI SEMALAYSIA













Maka berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kenaikan harga barangan.
“Bukan kerajaan yang tentukan kenaikan harga sebaliknya ia ditentukan oleh pasaran dunia. Setiap kali berlaku kenaikan harga kerajaan sentiasa mencari mekanisme tertentu untuk mengawalnya dan pada masa sama melindungi pengguna.
“Hal ini memang disedari oleh pihak pembangkang iaitu PAS, tetapi mereka sengaja mempolitikan isu ini,” katanya dipetik Bernama Online.
Kalau macam itu tak perlu jadi kerajaan kerana gagal mencari kaedah untuk mengawal atau menurunkan harga barang. Sedangkan pada masa yang sama kerajaan memberikan sedekah RM19bilion kepada IPP dan RM4bilion kepada Pengusaha Lebuhraya berjumlah.
Selain itu kerajaan berlepas tangan dengan ketirisan akibat rasuah dan penyelewengan sebanyak RM28bilion. Bayangkan jika RM19bilion dicampur RM4bilion dan RM28bilion bermakna RM51bilion dibazirkan oleh kerajaan. Sepatutnya wang sebanyak itu boleh digunakan untuk membantu rakyat menurunkan harga minyak dan barangan.
Jika kerajaan BN sudah tidak mampu untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat eloklah mereka berundur dan memberikan laluan kepada PR pada PRU 13 nanti.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More